Wednesday 10 July 2013

Its Ramadan der..

Assalamualaikum, seperti yang kita maklum, hari ini (Rabu, 10/07/2013 a.k.a 1 Ramadan 1434). Ada yang teruja, ada yang duka, ada yang menyambut bersama keluarga, ada juga yang menyambut tpi berjauhan dengan keluarga dan macam-macam lagi.

As for me, dah banyak kali dah aku menyambut Ramadan yang mulia ni diperantauan, bukan taknak balik, tp pengalaman beb. Plus, ade beberapa sebab yang kukuh kenapa aku tak balik.

Dah lama aku simpan hasrat nk review pengalaman-pengalaman Ramadan aku sejak keluar belajar dari Johor yang tercinta dan berjauhan dengan keluarga. Aku coret sahaja disinilah.

Pada tahun 2009, aku menyambut awal Ramadan di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. It was the great moment. Tak pernah-pernah aku duduk asrama, tup-tup kena travel ke sini. Sambut Ramadan skali plak tu, pengalaman tu mmg combo aa. Suasana Kedah dan Johor dapat aku bezakan, dari segi menu, harga dan juga culture mereka. Roomate semua kepala masuk batu kerikil pny org, mmg ngam dgn kepala aku. banyak liku-liku Ramadan bersama mereka. Semuanya hanya tinggal kenangan manis yang aku akan ceritakan kat cucu-cucu aku jika dikurniakan umur yang panjang.

Pada 2010, semester pertama aku di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan juga Ramadan yg pertama di situ. Masa register, housemate tak dapat nk pilih, dia random je. Luckily, semua org sempoi, maklumlah bekas pelajar diploma 3 org, bekas pelajar matriks 3 org. Dah betul dah tu. Balik kelas je singgah bazar kat seberang jalan Bukit Beruang tu. Best, exciting dan sangat memberi pengalaman.

Pada 2011, Ramadan disambut tatkala kepala tgh mendidih lepas exam. Then, cuti sem, masa ni aku buat kerja part time kat Plaza Angsana. Kerja sbg promoter P1. Bole la buat-buat tambah duit raya, dah besar ni nk mintak duit mak bapak rasa segan plak. hehehe. bile dah keje, ni, terawikh aku pon terabur la kan. Tp nasib baik Plaza Angsana tu ade surau, baru siap renovate lg tu. So, sedikit sebanyak dapat la aku buat mana yang mampu kn. Seminggu sebelum raya aku resign dengan cara yang betul, alhamdulillah, walaupun kerja dgn warga berlainan agama, tapi mereka saling memahami.

Pada 2012 pula, aku dapat menyambut Ramadan lebih kurang 5 hari terakhir je kat rumah, seterusnya aku kena menjalani Latihan Industri kat UTeM. Berbekalkan RM50, aku berjaya survive banyak hari, iaitu dipenghujung Sya'ban dan awal Ramadan. Kali ni, aku kerja part time kat Melaka Mall. Habis je buat AK, pukul 6 masuk kerja. Kerja tak berapa penat. Ye la, sbb ramai kawan, kawan yang baru kenal kat sana la. Yang kali ni, terawikh aku mmg dah kelaut, memang dah takde nk cilok masa buat terawikh. Tp, alhamdulillah ada jugak yang terlaksana walaupun bukan seluruhnya. Dengan duit gaji kedua, aku dapatlah belikan mak aku souvenir skit. Tahun 2012 ni mmg mencabar, berkat doa ibu bapa, rakan-rakan sekeliling yang memotivasikan diri aku ni, aku berjaya mengharungi cabaran ini. Terutama sekali ade rakan aku yang pinjamkan aku RM50 disaat-saat aku terdesak sgt. Thanks mate.

Dan sekarang, 2013. Aku kena praktikal kat Selangor. Dengan tak pernah hidup di Selangor, aku gagahkan diri mencari tempat menginap di Bangi ni. Mujur ada yang berkenan dan aku diterima untuk kongsi menyewa. So far, Ramadan is still in the early stage, too early to review this. Apa yang aku nak coret ialah, pada tarawikh yang pertama, selipar aku kena curi.! dan paling teruk, tu bukan selipar aku. hahaha, dugaan. Semoga Ramadan ini dipenuhi rahmatNya.

Monday 8 July 2013

Latihan Industri

Alhamdulillah, semester yang sangat mencabar telah berakhir, walaupun diselubungi kekecewaan di babak-babak pengumuman keputusan peperiksaan 
(walaupun masih belum rasmi).

Memang jatuh tersungkur, hancur berkecai, berderai dan punah harapan utk semester tu. Tak dinafikan, kebodohan lebih banyak terserlah dari kecerdikkan pada masa tu.
Macam mana pun, hidup kena teruskan, dugaan terus diharung, ada yang ingin menduga, ada juga yang diduga. 

R&D Center10 minggu diberikan untuk aku menjalani Latihan Industri di SONY EMCS (Malaysia). Kilang elektronik, sangat-sangat menyimpang dari core course aku. Tapi tak apa, benda dah belajar dalam kelas. Cekalkan minda, cungkil balik ilmu-ilmu yang pernah tertanam didalam otak aku ini.

Aku diletakkan dalam Department of Electrical Design 1 dalam kumpulan Power Block. Superb, semua staff baik-baik belaka. Kerja pun relax. Tak kedekut ilmu, cuma bila bertanya tu, pastikan ada ilmu sedikit sebanyak didada, dan bukan soalan kurang pintar. Masa mula-mula datang, aku sorang je student praktikal dari UTeM, tapi bila dah kenal staff-staff sana, ramai jugak graduan UTeM. Kat sini, tak dibenarkan ambil gambar sembarangan, semuanya kena ada permission dari orang-orang SONY sekiranya nak ambil gambar. Jadi, hiasan gambar utk post ini hanyalah gambar bangunan tu je. 

Ahh, kalau nak ditulis, mmg banyak sgt lah benda nak tulis. Baik aku penuh-penuhkan buku log aku. Ada masa nanti aku taip lagi.

The not so noob

Assalamualaikum, coretan ini bukanlah coretan kali pertama aku dalam dunia Blog ni. Pernah juga aku mendalami dunia Blog sebelum ni, maklumlah baru belajar pasal Blog, so, Blog lama agak tunggang-langgang. Takpalah, buat blog baru, nada baru. 


Yes, I noob now.