Monday, 8 July 2013

Latihan Industri

Alhamdulillah, semester yang sangat mencabar telah berakhir, walaupun diselubungi kekecewaan di babak-babak pengumuman keputusan peperiksaan 
(walaupun masih belum rasmi).

Memang jatuh tersungkur, hancur berkecai, berderai dan punah harapan utk semester tu. Tak dinafikan, kebodohan lebih banyak terserlah dari kecerdikkan pada masa tu.
Macam mana pun, hidup kena teruskan, dugaan terus diharung, ada yang ingin menduga, ada juga yang diduga. 

R&D Center10 minggu diberikan untuk aku menjalani Latihan Industri di SONY EMCS (Malaysia). Kilang elektronik, sangat-sangat menyimpang dari core course aku. Tapi tak apa, benda dah belajar dalam kelas. Cekalkan minda, cungkil balik ilmu-ilmu yang pernah tertanam didalam otak aku ini.

Aku diletakkan dalam Department of Electrical Design 1 dalam kumpulan Power Block. Superb, semua staff baik-baik belaka. Kerja pun relax. Tak kedekut ilmu, cuma bila bertanya tu, pastikan ada ilmu sedikit sebanyak didada, dan bukan soalan kurang pintar. Masa mula-mula datang, aku sorang je student praktikal dari UTeM, tapi bila dah kenal staff-staff sana, ramai jugak graduan UTeM. Kat sini, tak dibenarkan ambil gambar sembarangan, semuanya kena ada permission dari orang-orang SONY sekiranya nak ambil gambar. Jadi, hiasan gambar utk post ini hanyalah gambar bangunan tu je. 

Ahh, kalau nak ditulis, mmg banyak sgt lah benda nak tulis. Baik aku penuh-penuhkan buku log aku. Ada masa nanti aku taip lagi.

No comments:

Post a Comment